Wednesday 23 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi Sambungan PART 5 (Day 2 : Tegallalang Rice Terrace, Puri Saren, Ubud Market & Jimbaran Bay)

Lepas menikmati keindahan sawah padi di Tegallalang, terus bergerak ke pekan Ubud. Lokasi pertama adalah Puri Saren atau Istana Ubud. Ia betul-betul terletak di tengah pekan Ubud. Ia merupakan istana kerajaan Ubud yang sehingga kini sang raja berserta keluarganya masih bersemayam di istana ini. Pelawat dibenarkan masuk di bahagian laman istana sahaja. Memasuki laman terdapat 2 buah pintu utama dan 3 buah bale Bali untuk beristirehat. Pertama kali di Bali...tiada bayaran masuk dikenakan. Kepada sesiapa yang nak merasai kehidupan di dalam istana boleh menyewa bilik di situ. 
Pemandangan laman tengah (center courtyard) Puri Saren dengan salah satu pintu ke bahagian dalam istana.
Patung di luar tembok pagar Puri Saren.
Habis meninjau Puri Saren terus bergerak ke Pasar Ubud. Dari Puri Saren kami berjalan kaki dalam 1 kilometer sebelum sampai ke Pasar Ubud. Sebahagian daripada pasar dalam proses renovasi sewaktu kami tiba di sana.
Pemandangan laman tengah pasar dari tingkat satu.
Barang kraftangan mendominasi kebanyakan kedai di Pasar Ubud.
Kedai-kedai di sepanjang Jalan Karna yang terletak di luar Pasar Ubud.
Dewa Made Antara Jaya of Dap Dap Shop, salah seorang pelukis di Karna Road, Ubud. 
Senang sekali berurusan dengan Bapak Dewa (087862939394).

Penat pusing Pasar Ubud hampir satu jam, masa untuk bergerak ke pantai Jimbaran bagi menikmati makan malam. Orang cakap kalau ke Bali tak makan di pantai Jimbaran tak sah. Tapi siap sedialah dengan harganya...biasalah makan di tepi pantai tumpuan pelancong...faham-faham je. Kami bersantap di Bali Cafe 21 dengan menu ikan dan ketam bakar, udang, sotong goreng tepung, kepah dan kangkung goreng. Rasanya dalam Rp200,000 untuk seorang.
Sambil makan bolehlah dihiburkan oleh pemuzik-pemuzik jalanan (jangan lupa bagi tip). Dia orang ni lagu english punyalah power hafal. Mintak lagu indonesia...boleh tak hafal. Nampak sangat yang makan kat sini orang luar.
Apa macam...romantik tak makan di sini ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...