Friday 11 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi PART 1 (Garuda Wisnu Kencana)

Lepas pusing-pusing di Pura Luhur Uluwatu hampir sejam, cermin mata pun dah dapat balik.....masa untuk bergerak ke destinasi seterusnya...Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana atau orang sana panggil Ge.We.Ka je. Dari Pura Uluwatu tak jauh hanya ambil masa dalam 10 minit berkenderaan. Taman wisata yang terletak di Bukit Ungasan, Kabupaten Badung kira-kira 40 km sahaja atau setengah jam perjalanan dari Denpasar.

Apa yang menarik di sini.....adalah satu percubaan orang Bali untuk mencipta rekod patung terbesar di dunia. Boleh kalah "Statue of Liberty" kat Liberty Island, New York. Perancangannya bila siap nanti ketinggiannya mencapai sehingga 146 meter (480 kaki) bayangkan 1/3 dari ketinggian Menara Berkembar Petronas. Patung Dewa Murugan kat Batu Caves pun baru setinggi 140 kaki. Sehingga kini projek ini belum sempurna sejak I Nyoman Nuarta memulakannya pada 2005....orang cakap tak cukup budget lagi.

Apa ceritanya di sebalik Sang Garuda yang menjadi tungangan Wisnu...rajin-rajin mintak tolong kat encik Google OK.
Tapi sehingga kini cuma baru siap bahagian kepala, sebahagian badan dan sepasang tangan dengan ketinggian 23 meter je. Tangan Wisnu pula di pamerkan tempat lain. Sang Garuda pula hanya ada bahagian kepala. Sekali pandang macam Thundercat. Kedua-dua Wisnu dan Garuda ditempatkan di dalam kawasan yang dipanggil Plaza Garuda.
Nak tahu besar mana kepala Sang Garuda.....harus manusia senang-senang masuk mulutnya macam burung makan ulat.
Dari Plaza Garuda kita akan menghadap satu kawasan terbuka yang sangat luas di bahagian bawah  bukit yang di panggil Lotus Pond. Jangan terkejut....kalau mengharap tasik nan biru dengan bunga-bunga teratai di permukannya...lupakan sahaja....tak ada ya. Apa yang ada dan menarik pasal Lotus Pond ini ialah merupakan bukit batu kapur yang ditarah menjadi tongkol-tongkol atau pilar-pilar batu kapur dan wujudkan dataran dan lorong-lorong yang besar.
Muka-muka Sang Puteri Lindungan Bulan I dan II yang sangat boring duduk di tangga Plaza Garuda menghadap ke Lotus Pond...asyik-asyik tanya bila nak ambik Cik Puan Besar kat airport.

Verdict : Kagum-kagum. Untuk masuk dikenakan tiket Rp60,000 (dewasa) dan Rp30,000 (3 - 7 tahun).

Destinasi seterusnya sepatutnya ke Pantai Dreamland, Pecatu Resort tapi sebab kedua-dua Sang Puteri Lindungan Bulan dah bosan....ambil keputusan bergerak kembali ke Bandar Udara (Bandara) Ngurah Rai untuk menjemput Cik Puan Besar yang dijangka tiba jam 7 malam walaupun ada 2 jam lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...