Wednesday 27 February 2013

Remembering Restoran Sin Seng Nam @ Lebuh Pasar Besar

Restoran Sin Seng Nam, nama yang begitu senonim dan menjadi saksi pembangunan dan kemodenanan Kuala Lumpur akhirnya terpaksa tunduk kepada peredaran masa. Selepas hampir 85 tahun beroperasi, akhirnya ia sendiri menjadi sebahagian dari lipatan sejarah Kuala Lumpur. Restoran Sin Seng Nam will serve her last menu tomorrow, 28 February 2013.
Metro Central, The Star, Page 3 27 February 2013
Remember visited the restaurant back to August 2010, when I did a sketch of the building and than get a cup of coffee with a toast inside. As printed on The Star, the facade of the building still look similar to what I had captured on the paper...the restaurant's signboard and the yellow painting at the windows.
Pencil sketch with water color of Restoran Sin Seng Nam on Moleskine
Farewell and good bye Sin Seng Nam and hope the building will get a new tenant as good as Mr Choong Ah See by maintaining the current facade. 

Monday 18 February 2013

A Man, Two Little Girls and The Chocolate Museum @ Kota Damansara

Makluman : Trip yang tidak dirancang. Oleh itu kalau gambar tak berapa jelas harap mintak maaf sebab pakai camera handphone yang kurang mega pixelnya.

OK...Everyone loves chocolate especially kid...yum yum yum. So, cerita hari ni pasal coklat..bukan macam dalam movie Charlie and the Chocolate Factory lakonan Johnny Depp..tapi pasal muzium coklat.

Malaysia sudah ada muzium coklat ? Jangan tak tahu. Bagi penggemar dan peminat-peminat coklat di Malaysia boleh ke Kota Damansara untuk merasai keterujaan ini. Muzium coklat ini juga yang pertama di Asia Tenggara walaupun ia tidaklah setanding kehebatan Chocolate Museum di Jeju-do Island, Korea Selatan.
Bahagian hadapan Chocolate Museum yang sebenarnya sebuah kilang dan pejabat operasi DR Group Holding Sdn Bhd, syarikat pengeluar coklat tempatan seperti Danson, Milton dan Fidani.
Apa yang ada di dalam muzium coklat ini ? Hasil pemerhatian yang dilakukan setelah pusing berkali-kali selama sejam di sini dengan ditemani oleh dua orang penggemar coklat yang tegar (sebenarnya ruang pameran muziumnya taklah besar dalam 3,000 kaki persegi je)....ia menggunakan konsep 3E di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education & exploration), pengalaman menyaksikan proses pembuatan coklat (experience) dan keseronokan membeli di sini (enjoyable). Apa yang tak seronoknya...terdapat 100 jenis coklat berjenama dijual di sini dengan harga 30% lebih murah dari harga pasaran.

Pengemar tegar coklat bersama lembu coklat Hershey's yang terkenal dengan milk chocolatenya di pintu
masuk muzium.
Replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa,
Swiss Chocolatier, Radolphe Lindt.
Bagi puak Toltecs, koko dilihat sebagai hadiah daripada Tuhan Quetzalcoati
Pengunjung boleh melihat sendiri aksi mengadun coklat cair dari dapur muzium oleh abang-abang chef
yang hensem melalui  tingkap kaca.
Siapa nak coklat...Sayaaaaaaaaaa
Bagi yang berminat, bolehlah berkunjungi ke Muzium Coklat ini di No 2, Jalan Teknologi 3/4, Seksyen 3, Kota Damansara, Selangor (dekat dengan pasar Kota Damansara Uptown) dan dibuka dari jam 10 pagi ke 5 petang setiap hari.  Masuk adalah percuma. Kalau perlukan informasi lanjut bolehlah ke DR Group Holding Sdn Bhd dan selamat menikmati coklat.

Friday 15 February 2013

Bali...Aku Datang Lagi - End : Tanah Lot

Sambung update Bali untuk destinasi wisata terakhir...Tanah Lot.


Catatan perjalanan Facebook 27 November 2012.

Pura Tanah Lot - Beyond the postcard spectacle. The temple of Tanah Lot is a source of strength and power for the faithful in Hindu Balinese peoples. The collective belief of life beyond the physical is inculcated in a society who holds sacred the basic elements of the sun, the earth, the sea, all of which are converged in this temple in Tabanan, some 20 km away from the capital.


Apa yang menarik, sewaktu air pasang pura ini akan terpisah dari tanah besar dan kelihatan seperti sebuah pulau di tengah lautan. Terdapat juga sebuah pura yang lebih kecil yang dipanggil Pura Batu Bolong. Dipanggil batu bolong kerana terdapat lubang yang terhakis dari tanah besar membentuk seperti sebuah jambatan dengan lubang di tengah-tengah. Lagi pun bolong dalam bahasa jawa bermaksud lubang.

Bagi yang nak beli cenderhati terutamanya t-shirt boleh beli di Agung Bali. Walaupun harganya mahal sedikit dari kebanyakan kedai di Tanah Lot, tapi kualiti kain dan 'printing'nya yang ngetop.

Ok jangan lupa...terdapat entrance fees Rp30,000 (dewasa), Rp15,000 (kanak-kanak) dan Rp5,000 untuk parking. Selain di Pura Uluwatu, tarian kecak juga boleh disaksikan di sini bermula pukul 6.30 petang dengan bayaran Rp70,000.

Acara wisata di Bali pun sudah dipenghujung...masa untuk bergerak ke Hard Rock Cafe, Bali.

Catatan Facebook hari terakhir di Bali, 28 November 2012.
Travellers, lone, pair, family, groups, from different part of the world, gather here to enjoy the same beach, sand, air and same water. In Bali, none will feel along at least on the outside. White beach and blue waves, green leaves and cool breeze, spiced up by the laugher of sun lovers.

Sepanjang 4 hari di Bali,  Wina Holiday Villa menjadi tempat kami berteduh sekeluarga.
We are family...Photo by Kakak Nana 
Sehingga berjumpa lagi di Bali 2013...2014 ? haaaaaaaaaa.

Monday 4 February 2013

Kuala Terengganu - Thing To Do Within 24-Hour (Part 2)

Sambungan dari bahagian perjalanan terdahulu.

(5) Muzium Negeri Terengganu
Selepas keluar dari Taman Tamadun Islam..jangan lupa singgah sebentar ke Muzium Negeri Terengganu yang terletak di Bukit Losong. Orang tempatan panggil muzium ini sebagai Muzium Losong. Semua apa yang anda ingin tahu pasal Terengganu ada di sini...sehinggakan rumah kampung Terengganu pun ada. Batu Bersurat Terengganu yang asal juga terdapat di dalam muzium ini. Kalau malas sangat nak masuk bolehlah melihat replika Batu Bersurat Terengganu di Bulatan Ladang Kuala Terengganu (Jalan Sultan Ismail - Jalan Sultan Mahmud - dulu tempat ni duduknya batu Si Penyu sebelum Si Penyu kembali ke laut).
Muzium Negeri Terengganu
What we can say...seni bina yang menarik dan bangunan yang...humongous, huge, mammoth and gigantic. Ia juga merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Kalau betul-betul explore...paling kurang 2 jam baru habis. Tiket masuk untuk dewasa RM5.00 dan kamera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam muzium. Yang rasa-rasa nak ambik gambar Batu Bersurat Terengganu...lupakan saja niat itu...tolong tinggalkan di kaunter pengawal.

1200 hour waktu makan tengahari......makanlah kat mana-mana anda nak makan...ini bukan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Kalau malas nak pusing-pusing boleh makan di destinisi seterusnya sambil membeli-belah.

(6) Pasar Kedai Payang
"......kak, masuk kak...batik sutera murah-murah...."
Ini tempat kegemaran kaum wanita...cerita banyak pun tak guna...mulakan kehebatan kuasa tawar menawar anda. Jadi selamat membeli belah sutera Terengganu.
Pemandangan hadapan Pasar Kedai Payang
Cantik-cantik belaka...terpulanglah yang mana idaman kalbu
Jangan tergesa-gesa...bersopan santunlah walaupun di tangga
Sewaktu menunggu kaum wanita menghabiskan seribu, dua ribu kat dalam...bolehlah layan durian kat luar 
Bagi kaum wanita yang rasa tak habis shopping lagi dan terasa tak cukup...bolehlah meneruskan aktiviti di Bazar Warisan yang terletak di hadapan Pasar Kedai Payang. Lagi pun...inikan tujuan utama kebanyakkan orang yang datang ke Kuala Terengganu.
Bazar Warisan..seni bina yang menarik
(7) Kampung Cina dan "Turtle Alley"
Bersebelahan dengan Pasar Kedai Payang terdapat dua baris kedai lama sepanjang Jalan Kampung Cina yang menjadi saksi bermulanya penempatan dan perniagaan terawal masyarakat Cina di Terengganu.
Gaya bangunan Neo classical sehingga Art Deco
Tokong Ho Ann Kiong dibina pada tahun 1801 oleh komuniti Hokkien
Selain dari penempatan kaum cina terdapat satu daya tarikan yang menarik yang begitu sinonim dengan Terengganu...Penyu di Turtle Alley atau Lorong Penyu. Lorong yang menghubungkan Jalan Kampung Cina ke Pulau Warisan selebar 4 kaki yang dihiasi dengan pesanan-pesanan dan maklumat berkaitan dengan program konservasi penyu.
"Anak muda berlagu sayang, 
Di Batu Remis melepas rindu, 
Adik ketawa di Rantu Abang,
Penyu menangis siapalah tahu"  
                                                                                  - Allahyarham JM Aziz & Allahyarham Sudirman
Pesanan khidmat masyarakat yang jelas ...."Say No To Turtle Eggs"
Lorong selebar 4 kaki yang sungguh mendalamnya maksudnya
(8) Masjid Abidin
Dari Pasar Kedai Payang menuju ke Jalan Masjid Abidin akan disajikan oleh sebuah masjid berwarna putih yang merupakan masjid tertua di Kuala Terengganu. ..Masjid Abidin atau Masjid Besar atau Masjid Putih.

(9) Warung Pok Nong
Waktu minum petang di Kuala Terengganu telah tiba. Masa untuk menikmati ICT dan KLCC. ICT ni bukannya 'information and communication technology' dan KLCC bukannya 'Kuala Lumpur City Centre'. Menjamu selera gaya orang Terengganu..."Ikan Celup Tepung" dan "Keropok Lekor Cicah Cili". Kelassss gitu orang Terengganu...minum petang makan sotong. Banyak tempat untuk kita menjamu ICT dan KLCC tetapi yang ni perlu dicari...Warung Pok Nong di Mengabang Telipot. Nak tahu kenapa...pastikan anda sampai sebelum pukul 3 petang...faham-faham je.
Pak Nong bersiap sedia menjelang pukul 4 petang...waktu minum petang orang Terengganu. 
Disebabkan sampai awal pukul 3 petang...kita orang pun dengan bermurah hati menawarkan pertolongan untuk mencuci sotong, ikan dan udang.

Banyak cerita tak guna, mari layan ICT dan KLCC Pok Nong

Bagi orang luar yang kurang arif, kebanyakan akan menghala ke Pantai Teluk Ketapang di belakang Lapangan Terbang Sultan Mahmud kerana kalau ditanya masyarakat setempat mereka akan menyatakan lokasinya di "belakang airport" walupun sebenarnya di Mengabang Telipot. Bagi memudahkan anda menikmati minum petang di Warung Pok Nong, bolehlah mengunakan peta ini sebagai rujukan. 

Atau kalau tak jumpa juga...boleh hubungi terus Pok Nong di talian 09-6127655 
atau GPS 5 ° 25 ’ 40.7 ” , 103 ° 04 ‘ 22.5 “. Selamat menjamu selera.

(10) Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai
Habis waktu minum petang boleh bergerak ke arah Dungun dan perjalanan ke selatan akan mengambil masa dalam 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu ke Kuala Ibai...destinasi masjid terapung.
Bagi yang nak bermalam di Kuala Terengganu...bolehlah cari-cari mana-mana hotel yang berkenan di hati.
Pemandangan Pantai Batu Burok dan Pulau Kapas dikejauhan dari bilik 1017, Primula Beach Resort.

Friday 1 February 2013

Kuala Terengganu - Thing To Do Within 24-Hour (Part 1)

Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013, apa yang anda akan lakukan jika hanya diberi 24 jam sahaja untuk melawat Kuala Terengganu ? (Kuala Terengganu je...tak termasuk Dungun, Marang, Besut dan daerah-daerah yang sewaktu dengannya. Manalah tahu kalau Visit Terengganu Year 2013 Secretariat sudi menaja bagi setiap daerah...kan ke best). 

(1) Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. 
Nama lapangan terbang ini diambil sempena nama Sultan Terengganu yang ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Tapi bagi mereka yang naik kereta buang masa je pi sini...nak buat apa tengok lapangan terbang. Tapi seni binanya bangunannya memang cantik.
Kalau yang datang naik kapal terbang dan ingin memandu sendiri, terdapat perkhidmatan kereta sewa dengan pelbagai model kenderaan pilihan anda boleh didapati di tingkat bawah. Salah satunya boleh hubungi En Roslan dari Alam Travel & Tours Sdn Bhd (019-99684255 atau 017-8861980) kalau nak booking awal.

(2) Pulau Duyung Besar, Sungai Terengganu
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud ke Pulau Duyung Besar boleh ambik laluan T143, Jalan Tengku Ampuan Bariah. Perjalanan ini akan mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Di pertengahan perjalanan tu bolehlah singgah ke kedai keropok lekor yang orang cakap sangat famous...siap pakai nombor giliran macam kat bank....Keropok Lekor BTB 2209, Bukit Tok Beng. Pilihan terletak di tanggan anda. Terengganukan bumi keropok lekor. 
1..2..2..4 Kaunter Satu
Bila sebut Pulau Duyung semua orang akan bercerita pasal Haji Abdullah Muda, ikon pembuatan bot tradisional negara dan kejohanan Piala Monsun. Selain dari itu jangan lupa terdapat juga Kota Lama Duyung yang boleh kita kunjungi. Kalau anda bayangkan ia adalah sebuah kubu pertahanan tentera...pusing 100 kali Pulau Duyung pun anda tak akan jumpa. Ia hanya sebuah rumah lama yang dikelilingi tembok yang dibina pada tahun 1919 oleh Dato' Biji Sura (Nik Mohamad Hitam).
Sorong Depan, Kota Lama Duyung
(3) Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man
Dari Pulau Duyung Besar ke Pulau Wan Man mengambil masa dalam 30 minit perjalanan melalui Jalan  Losong Feri. Sebut pasal Taman Tamadun Islam orang akan lebih mengenalinya bila disebut Masjid Kristal. Taman Tamadun Islam dibahagikan kepada dua bahagian...Zone A - Kawasan Orang Awam dan Zone B - Monument Park. Masjid Kristal terletak di Zone A yang dibuka secara percuma.
Untuk ke Zone B, bayaran masuk RM20.00 (dewasa) dan RM15.00 (7 - 12 tahun) akan dikenakan. Sehingga Januari 2013 terdapat 23 monumen yang boleh dilawati.
Masjid Sultan, Kampong Glam, Singapura
Taj Mahal, Agra India
Suleyman Mosque, Turki
Kalyan Minaret, Uzbekistan
Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
Mausoleum of Abu Nasr Parsa, Afganistan
(4) TTI River Cruse
Setelah melawat monumen-monumen ala-ala Legoland di Zone B, jangan lupa untuk mencuba TTI River Cruse menyusuri Sungai Terengganu. Perlayaran yang mengambil masa 45 minit yang bermula dari Jeti To' Ku Paloh menyusuri Pulau Sekati - Bukit Datu - Jambatan Sultan Mahmud - Kampung Seberang Tuan Chik - Pulau Haji Siah - Pulau Api - Seberang Takir - Pulau Duyung Besar - Pulau Warisan - Pasar Payang - Kampung Cina sebelum berhenti seketika di hadapan Masjid Kristal sebelum menamatkan pelayaran di Jeti To' Ku Paloh, Taman Tamadun Islam. Tiket untuk dewasa sebanyak RM20.00 dan untuk kanak-kanak, RM15.00. Untuk menjimatkan bolehlah beli pakej RM33.00 untuk TTI River Cruse bersekali dengan tiket masuk ke Zone B, Taman Tamadun Islam.
Pulau Sekati, di tengah-tengah Sungai Terengganu
Pemandangan jeti nelayan di Seberang Takir. Jika diperhatikan, cat hijau di bahagian badan kapal menunjukan bot itu didaftarkan di Terengganu dan warna yang berlainan akan mewakili Kelantan, Pahang dan Johor. Juga terdapat huruf-huruf A, B, C1 dan C2 yang menunjukan kawasan tangkapan yang dibenarkan bagi setiap bot. 

Sepanjang perjalanan menyusuri Sungai Terengganu terdapat penerangan yang akan membantu kita memahami lebih jelas setiap destinasi. Aktiviti melawat Taman Tamadun Islam berserta TTI River Cruse paling kurang akan mengambil masa sekitar 2 jam. Dengan berakhirnya TTI River Cruse, maka separuh perjalanan Kuala Terengganu untuk tempoh 24 jam telah dilalui.

Bersambung ke Bahagian-2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...