Friday 18 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi PART 3 (Day 2 : Kintamani Volcano's Tours

....sebelum ke galeri Wayan Mardiana sempat singgah dulu ke Tohpati Village yang terkenal dengan batiknya.
Kalau tengok proses pembuatan batik di Bali lebih kurang sama je dengan proses di Terengganu (tungguuu Terengganu Aku Datang Lagi). Cuma motif-motif yang digunakan agak berlainan...ia lebih berkisar kepada motif yang berkaitan dengan agama Hindu. Pusing-pusing dalam 30 minit...sebelum bergerak untuk menyaksikan barong.
Persembahan barong ni bermula jam 9 pagi dan mengambil masa dalam satu jam...kalau terlepas tunggu sampai esok hari je. Tak lama kat sini sebab kedua-dua intan payung sudah bosan...terbang Rp80,000 per person. Destinasi seterusnya naik ke pergunungan...Kintamani.

Sepanjang perjalanan akan disajikan dengan perkampungan tradisional Bali. Setiap rumah masyarakat Bali akan terdapat pura mereka sendiri. Apa yang menarik...rumah-rumah ini tidak dicat dan bahan binaanya diambil daripada batu muntahan gunung berapi...tu yang kebanyakannya rumah masyarakat Bali berwarna hitam.

Selepas 2 jam perjalanan dari Batuan, akhirnya sampai ke Kintamani. Jangan lupa bayar entrance  fees Rp5,000 seorang atau Rp30,000 per kenderaan. Faham-faham je..tiada yang free kat Bali ni. Seperti biasa...kita akan diserbu oleh penjual-penjual jalanan yang berdedikasi. Terpulanglah nak beli ke tak...sebab kalau kita cakap tak nak pun dia orang ini akan tetap mengekor kita. Kesimpulannya...layan atau buat tak layan. Lagi satu jangan sekali-kali menyentuh barang jualan atau start menawar harga kalau tak berminat untuk beli...sebab sekali dah sentuh macam dah kira jual lah. Kalau nak makan boleh ke Restoran Batur Sari (halal) dengan hidangan buffet berharga Rp85,000 seorang.... lepas tu bolehlah layan Gunung Batur. Ia masih aktif sehingga sekarang, last sekali meletup pada Julai 7, 2000...so sapa yang tak pergi lagi bolehlah pergi sebelum ia meletup lagi.
Gunung Batur dan Danau Batur.
Yang ini pula Gunung Abang (Red Mountain).  Kebanyakan pengunjung hanya memberi tumpuan kepada Gunung Batur bila ke sini. Kesian pulak si Abang ini. Sebenarnya "Batur" merujuk kepada keseluruhan kaldera (caldera in English) yang terdiri dari Gunung Batur, Danau Batur dan Gunung Abang dan terdapat penduduk asli Bali dari masyarakat Trunyan di bawak kaki Gunung Abang. Apa yang menarik kaldera "Batur" telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai sebahagian Global Geopark Network pada September 2012.  Kalau kat Malaysia ni... Pulau Langkawi termasuk dalam kategori Global Geopark. 

Nota : Maksud kaldera adalah kawah gunung berapi yang sangat besar terjadi dari peledakan atau runtuhnya bahagia puncak gunung berapi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...