Tuesday 30 April 2013

It's Play Time ! - Toy Story Land, Hong Kong Disneyland

It's play time!. Toy Story Land shrinks you down and transports to Andy's backyard, where all the loveable Toy Story characters are out to play with you.
Woody stands tall at the entrance welcoming visitors.
It's a simple play land with rides designed and kid friendly such as the Slinky Dog Spin. The Slinky is running in a circle, chasing his tail while the players are inside the coil. It's very relaxing ride and look "kiddy". 


There are another two additional rides, Toy Soldier Parachute Drop and RC Racer but there is a minimum height requirement to ride. So Yasmin....we ride another time.


While you entering the side with a bit of walk from Fantasyland, the view of the pathway giving you a feeling of gradual transition in size which you start feel the toys look tiny from afar, and slowly become bigger as you walk toward the entrance. Tall walls of bamboo circle the area, making visitors feel smaller.
Rex faces Yasmin, and he is excited about a new friend coming from Malaysia.
The Toy Story Land got an incredible theme with various design elements create the illusion of a backyard play area with toys scattered all over the place turn it into a charming experience.
Toy Soldiers' Territory : Fort Emery

Wednesday 17 April 2013

Akronim CH, Land Rover Dan Cameron Highlands


Land Rover dan Cameron Highlands tidak dapat dipisahkan. Diangarkan terdapat hampir 10,000 buah pacuan empat roda di Cameron Highlands menjadikan ia daerah dengan berkepadatan kenderaan Land Rover tertinggi di dunia.
Kebanyakan Land Rover yang dijadikan kenderaan utama pengusaha ladang-ladang sayur di Cameron Highlands dibeli melalui pembelian secara lelong yang telah dilupuskan perkhidmatannya dari pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau dari agensi-agensi kerajaan dengan harga antara RM5,000 ke RM7,000 bergantung kepada kondisi kenderaan itu yang kebanyakaan telah rosak di bahagian enjin dan kotak gear.

Jika dahulunya berkhidmat membawa askar ke medan perang, kini dengan nyawa kedua yang diberikan, kenderaan sekukuh kereta kebal kini berkhidmat di bumi subur dan dingin Cameron Highlands dengan gelaran King of Mountain berulang-alik antara pekan Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja mengangkut pekerja, peralatan ladang, membawa baja, dan membawa keluar hasil ladang.

Apa yang menariknya jika diamati kebanyakan Land Rover ini ditanda dengan huruf CH di pintu kiri dan kanannya. Semua Land Rover atau kenderaan dengan akronim CH yang bermaksud Cameron Highlands tidak dibenarkan dipandu di luar daerah Cameron Highlands. Sebagai pulangan, mereka hanya perlu membayar cukai jalan 10% daripada jumlah sebenar yang perlu dibayar. Bagi kenderaan pacuan empat roda dengan kapasiti 2500cc cukai jalan yang dikenakan adalah sekitar RM900 dan dengan keistimewan ini mereka hanya perlu membayar RM90 setahun sahaja.
Namum di waktu yang sama daerah Cameron Highlands juga mula digelar sebagai Land Rover Graveyard. Akibat dari kos barang gantian yang tinggi, kebanyakkan pengusaha ladang sayur kini bertukar ke kenderaan pacuan empat roda buatan Jepun seperti Toyata Hilux menyebabkan Land Rover ini terbiar di tepian jalan menunggu masa untuk dijual sebagai besi buruk.


Monday 8 April 2013

Mencari Puteri Gunung Ledang Di Puncak Gunung Brinchang


Mencari Puteri Gunung Ledang di Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang? 

Berkabus...suasana mistik menanti di dalam 'mossy forest'.
Di lokasi ini lah Laksaman Hang Tuah (Dato’ M.Nasir) bertemu dengan Puteri Gunung Ledang (Datin Seri Tiara Jacquelina) dalam filem budget besar Puteri Gunung Ledang (2004) arahan Saw Teong Hin.

Keindahan hutan berlumut atau “Mossy Forest” (ketinggian 6,561 kaki) yang terletak di Gunung Brinchang (6,666 kaki dari paras laut yang diukur dari Stesen Mikro Gunung Brinchang)  telah dijadikan latar  belakang scene kediaman sang puteri merupakan salah satu anugerah alam yang paling unik. 

Pandang ke atas dan saksikan corak yang menarik.  Corak ini hanya terdapat di hujung denai 'mossy forest'
sebelum laluan trekking ke Gunung Irau.
Ia dipenuhi dengan lumut menghijau dari lantai hutan ke puncak pokok memberikan pemandangan yang cantik, damai dan memberikan suasana yang penuh mistik. Berada di dalam hutan berlumut di Gunung Brinchang juga seumpama anda sedang berdiri di dalam Fangorn Forest dalam filem Lord of The Rings.
Kepala gajah dan belalainya.
Tempat pertemuan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang di dalam filem Puteri
Gunung Ledang
Perpohon yang tumbuh adalah sangat tebal. Suasana berkabus, lembab dengan hanya sedikit cahaya matahari yang berhasil menerobos sehingga ke lantai hutan memberikan kondisi yang sesuai untuk lumut ini berkembang memenuhi hutan seolah-oleh seperti hamparan permadani.
Periuk kera yang sedia menanti untuk memasak sang serangga.
Terdapat juga pelbagai jenis fauna dan flora – pepohon yang memiliki akar gantung, pelbagai jenis anggerik tumbuh liar, paku pakuan dan flora karnivor periuk kera (Nepenthes pitcher plants) yang menjadikan serangga kecil sebagai makannya.
Lumut yang menghijau dan segar.
Untuk ke lokasi, mulakan perjalanan dari Horney Bee Farm atau cari papan tanda "Hutan Simpan Mossy Gunung Brinchang". Jalan masuk utamanya terletak kira-kira 400 meter dari Hotel Equatorial, Brinchang. Perjalanan akan melalui jalan berturap disajikan dengan pemandangan ladang teh BOH Sg. Palas sebelum belok ke kiri pada papan tanda "Stesen Mikro Gunung Brinchang". Dinasihatkan untuk memandu mengunakan gear rendah sehingga ke puncak Gunung Brinchang.

Laluan berturap ke puncak Gunung Brinchang menjadikan ia perjalanan ke puncak gunung setinggi
6,666 kaki dari paras laut tanpa perlu mendaki dan ia merupakan tempat tertinggi di Malaysia
 yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor.
Dari kawasan tempat letak kereta, terdapat laluan jambatan (walkway) sepanjang 200 meter yang membawa pengunjung ke dalam hutan berlumut tanpa bersusah payah.  Dan di akhir laluan ini akan bermulanya laluan trek hutan ke puncak Gunung Irau (6,932 kaki dari paras laut) yang mana ‘mossy forest’ lebih menarik dari Gunung Brinchang.
Tadaaaa..."platform walkway" memudahkan kerja anda menjelajahi 'mossy forest'.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...