Friday 1 February 2013

Kuala Terengganu - Thing To Do Within 24-Hour (Part 1)

Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013, apa yang anda akan lakukan jika hanya diberi 24 jam sahaja untuk melawat Kuala Terengganu ? (Kuala Terengganu je...tak termasuk Dungun, Marang, Besut dan daerah-daerah yang sewaktu dengannya. Manalah tahu kalau Visit Terengganu Year 2013 Secretariat sudi menaja bagi setiap daerah...kan ke best). 

(1) Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. 
Nama lapangan terbang ini diambil sempena nama Sultan Terengganu yang ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Tapi bagi mereka yang naik kereta buang masa je pi sini...nak buat apa tengok lapangan terbang. Tapi seni binanya bangunannya memang cantik.
Kalau yang datang naik kapal terbang dan ingin memandu sendiri, terdapat perkhidmatan kereta sewa dengan pelbagai model kenderaan pilihan anda boleh didapati di tingkat bawah. Salah satunya boleh hubungi En Roslan dari Alam Travel & Tours Sdn Bhd (019-99684255 atau 017-8861980) kalau nak booking awal.

(2) Pulau Duyung Besar, Sungai Terengganu
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud ke Pulau Duyung Besar boleh ambik laluan T143, Jalan Tengku Ampuan Bariah. Perjalanan ini akan mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Di pertengahan perjalanan tu bolehlah singgah ke kedai keropok lekor yang orang cakap sangat famous...siap pakai nombor giliran macam kat bank....Keropok Lekor BTB 2209, Bukit Tok Beng. Pilihan terletak di tanggan anda. Terengganukan bumi keropok lekor. 
1..2..2..4 Kaunter Satu
Bila sebut Pulau Duyung semua orang akan bercerita pasal Haji Abdullah Muda, ikon pembuatan bot tradisional negara dan kejohanan Piala Monsun. Selain dari itu jangan lupa terdapat juga Kota Lama Duyung yang boleh kita kunjungi. Kalau anda bayangkan ia adalah sebuah kubu pertahanan tentera...pusing 100 kali Pulau Duyung pun anda tak akan jumpa. Ia hanya sebuah rumah lama yang dikelilingi tembok yang dibina pada tahun 1919 oleh Dato' Biji Sura (Nik Mohamad Hitam).
Sorong Depan, Kota Lama Duyung
(3) Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man
Dari Pulau Duyung Besar ke Pulau Wan Man mengambil masa dalam 30 minit perjalanan melalui Jalan  Losong Feri. Sebut pasal Taman Tamadun Islam orang akan lebih mengenalinya bila disebut Masjid Kristal. Taman Tamadun Islam dibahagikan kepada dua bahagian...Zone A - Kawasan Orang Awam dan Zone B - Monument Park. Masjid Kristal terletak di Zone A yang dibuka secara percuma.
Untuk ke Zone B, bayaran masuk RM20.00 (dewasa) dan RM15.00 (7 - 12 tahun) akan dikenakan. Sehingga Januari 2013 terdapat 23 monumen yang boleh dilawati.
Masjid Sultan, Kampong Glam, Singapura
Taj Mahal, Agra India
Suleyman Mosque, Turki
Kalyan Minaret, Uzbekistan
Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
Mausoleum of Abu Nasr Parsa, Afganistan
(4) TTI River Cruse
Setelah melawat monumen-monumen ala-ala Legoland di Zone B, jangan lupa untuk mencuba TTI River Cruse menyusuri Sungai Terengganu. Perlayaran yang mengambil masa 45 minit yang bermula dari Jeti To' Ku Paloh menyusuri Pulau Sekati - Bukit Datu - Jambatan Sultan Mahmud - Kampung Seberang Tuan Chik - Pulau Haji Siah - Pulau Api - Seberang Takir - Pulau Duyung Besar - Pulau Warisan - Pasar Payang - Kampung Cina sebelum berhenti seketika di hadapan Masjid Kristal sebelum menamatkan pelayaran di Jeti To' Ku Paloh, Taman Tamadun Islam. Tiket untuk dewasa sebanyak RM20.00 dan untuk kanak-kanak, RM15.00. Untuk menjimatkan bolehlah beli pakej RM33.00 untuk TTI River Cruse bersekali dengan tiket masuk ke Zone B, Taman Tamadun Islam.
Pulau Sekati, di tengah-tengah Sungai Terengganu
Pemandangan jeti nelayan di Seberang Takir. Jika diperhatikan, cat hijau di bahagian badan kapal menunjukan bot itu didaftarkan di Terengganu dan warna yang berlainan akan mewakili Kelantan, Pahang dan Johor. Juga terdapat huruf-huruf A, B, C1 dan C2 yang menunjukan kawasan tangkapan yang dibenarkan bagi setiap bot. 

Sepanjang perjalanan menyusuri Sungai Terengganu terdapat penerangan yang akan membantu kita memahami lebih jelas setiap destinasi. Aktiviti melawat Taman Tamadun Islam berserta TTI River Cruse paling kurang akan mengambil masa sekitar 2 jam. Dengan berakhirnya TTI River Cruse, maka separuh perjalanan Kuala Terengganu untuk tempoh 24 jam telah dilalui.

Bersambung ke Bahagian-2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...