Wednesday 30 January 2013

Teaser : Qubbat Al-Sakhrah (Dome of Rock), Haram Al-Quds al Syarif, Baitul Muqqaddis, Palestine

Apa yang ada di dalam Qubbat Al-Sakhrah dan cerita disebaliknya. Mengapa masyarakat Islam mengatakan Qubbat Al-Sakhrah sebagai Masjid Al-Aqsa. Apabila disebut tentang Masjidil Al-Aqsa di dalam media massa maka gambar "The Dome of Rock" pula yang dipaparkan. Itulah kebingungaan dan kekeliruan ciptaan manusia agar "Solomon Temple" bisa didirikan.

Namun itu juga kekeliruan yang aku lihat dan dengar dari pelawat-pelawat ke Kompleks Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bila terdapat perbahasan antara pengunjung yang menyatakan terdapat kesilapan dalam papan tanda 'monument' ini yang mana ia sepatutnya dilabel sebagai Masjid Al-Aqsa dan bukannya Kubbah As-Sakhrah. 

Aku rasa...pihak pengurusan Taman Tamadun Islam perlu mendirikan replika Masjid Al-Aqsa (monument yang ke-24) bagi mendidik masyarakat ke atas kekeliruan ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Saturday 26 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi Part 7 (Day 3 : Pura Ulun Danu, Bratan)

Selepas hampir satu jam menjelajah Pura Taman Ayun waktu untuk bergerak melalui ke Candi Kuning...naik ke tanah tinggi untuk melihat Pura Ulun Danu di Tasik Beratan. Pura ini merupakan yang kedua terbesar selepas Pura Besakih. Pura Besakih...mother of all pura in Bali ini menjadi alasan untuk berkunjung ke Bali lagi sebab tak pergi lagi.  Pura Taman Ayun ini sangat menarik sehingga ia diabadikan di dalam nota wang Rp50,000. Lagi satu kalau nak tahu sapa tu Ngurah Rai yang namanya diabadikan dalam lapangan terbang di Bali (Lapangan Udara Ngurah Rai) pun boleh lihat di nota Rp50,000 ni.

Catatan facebook 27 November 2012.

“Take an umbrella, it rains in the mountains”

Heading northwest, we visited a beautiful temple on the lake - Ulun Danu Temple on Lake Beratan. During our journey up to the mountain it started to rain and more heavy when we arrived at the temple. The threat of a downpour did not deter us. The temple looked surreal and beautiful on the lake. Absolutely picturesque despite the cloudy day with fog around the lake covering the mountain at the background.


Probably if the weather was better I’ve liked even more but it was nice to been here after spending almost 2 hours drive from the Wina Holiday Villa, Kuta where we were stay. 



Lagi sekali jangan lupa tiket masuk dalam Rp10,000 seorang.
Disebabkan hujan yang semangkin lebat dan cuaca yang sangat sejuk, terus bergerak ke Tanah Lot.

Friday 25 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi PART 6 (Day 3 : Pura Taman Ayun, Mengawi)

Perjalanan hari ketiga diteruskan...Pura Taman Ayun, 30 minit perjalanan dari Kuta.
Catatan dari facebook 27 November 2012.

Pura Taman Ayun or "Temple of the Beautiful Gardens", located in Mengawi, Denpasar is one of the unique temple in Bali. Decorated by number of Meru - a multi-storey with ijuk black thatched roofed tower shrines buildings like pagoda in the inner court dedicated to visiting deities and spirit. There are 10 numbers of meru with each of the meru have either 1, 2, 3, 5, 7, 9 or 11 roof levels (Desa Mengwi , Badung, 80234 Denpasar, Bali Indonesia).

Seperti maksud namanya...pura ini dikelilingi oleh kolam-kolam buatan dan landskap taman yang menarik. Ia terbahagi kepada 3 bahagian. Lah ni bila masuk je akan melalui jambatan menuju ke bahagian pertama dipanggil Nista Mandala - untuk rakyat jelata. Untuk masuk jangan lupa bayar tol dulu...Rp3,000 seorang.
Kemudian menuju ke bahagian tengah - Madia Mandala dengan upacara sembayang akan dijalankan di sini setiap 210 hari (ingat kalender orang Bali ni sampai 11 bulan je). Sebabkan panas yang amat terik terus bergerak ke bahagian seterusnya. Oh ya...dekat bahagian tengah ni ada menara dengan gong....untuk senang panggil orang kampung kot ?. dan tak lupa juga terdapat bale khas untuk artis berkarya.
Seterusnya ke bahagian paling utama dan suci - Utama Mandala iaitu tempat raja-raja duduk. Bahagian ini tidak dibuka kepada para pelancong dan hanya kepada penduduk setempat yang ingin beribadat. Nak tahu kenapa?. Sebab terdapat orang yang datang bulan, senyap-senyap buat bodoh je masuk walaupun terdapat larangan untuk mereka, mereka dan mereka yang terlibat. Yang bestnya macam mana dia orang tahu. Jawapannya....sebab mereka dapati semangkin banyak binatang berbisa masuk ke sisi...dah tak suci katanya
Tak perlu risau, walaupun tak dapat masuk melalui Gapura utama ini (gambar atas), bolehlah meninjau-ninjau dari luar pagar keindahan pura bumbung bertingkat-tingkat.
Nak tahu kenapa ada tingkat-tingkat yang berlainan...rajin-rajinlah google. Sebab aku sendiri pun tak tahu. Kalau aku dah tahu...nanti aku update.

Wednesday 23 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi Sambungan PART 5 (Day 2 : Tegallalang Rice Terrace, Puri Saren, Ubud Market & Jimbaran Bay)

Lepas menikmati keindahan sawah padi di Tegallalang, terus bergerak ke pekan Ubud. Lokasi pertama adalah Puri Saren atau Istana Ubud. Ia betul-betul terletak di tengah pekan Ubud. Ia merupakan istana kerajaan Ubud yang sehingga kini sang raja berserta keluarganya masih bersemayam di istana ini. Pelawat dibenarkan masuk di bahagian laman istana sahaja. Memasuki laman terdapat 2 buah pintu utama dan 3 buah bale Bali untuk beristirehat. Pertama kali di Bali...tiada bayaran masuk dikenakan. Kepada sesiapa yang nak merasai kehidupan di dalam istana boleh menyewa bilik di situ. 
Pemandangan laman tengah (center courtyard) Puri Saren dengan salah satu pintu ke bahagian dalam istana.
Patung di luar tembok pagar Puri Saren.
Habis meninjau Puri Saren terus bergerak ke Pasar Ubud. Dari Puri Saren kami berjalan kaki dalam 1 kilometer sebelum sampai ke Pasar Ubud. Sebahagian daripada pasar dalam proses renovasi sewaktu kami tiba di sana.
Pemandangan laman tengah pasar dari tingkat satu.
Barang kraftangan mendominasi kebanyakan kedai di Pasar Ubud.
Kedai-kedai di sepanjang Jalan Karna yang terletak di luar Pasar Ubud.
Dewa Made Antara Jaya of Dap Dap Shop, salah seorang pelukis di Karna Road, Ubud. 
Senang sekali berurusan dengan Bapak Dewa (087862939394).

Penat pusing Pasar Ubud hampir satu jam, masa untuk bergerak ke pantai Jimbaran bagi menikmati makan malam. Orang cakap kalau ke Bali tak makan di pantai Jimbaran tak sah. Tapi siap sedialah dengan harganya...biasalah makan di tepi pantai tumpuan pelancong...faham-faham je. Kami bersantap di Bali Cafe 21 dengan menu ikan dan ketam bakar, udang, sotong goreng tepung, kepah dan kangkung goreng. Rasanya dalam Rp200,000 untuk seorang.
Sambil makan bolehlah dihiburkan oleh pemuzik-pemuzik jalanan (jangan lupa bagi tip). Dia orang ni lagu english punyalah power hafal. Mintak lagu indonesia...boleh tak hafal. Nampak sangat yang makan kat sini orang luar.
Apa macam...romantik tak makan di sini ?

Bali...Aku Datang Lagi PART 5 (Day 2 : Tegallalang Rice Terrace, Puri Saren & Ubud Market)

Catatan perjalanan facebook pada 26 November 2012.

Tegallalang Rice Terrace - The Hills Are Alive With The Sound of Swaying Paddy!
November is not the best time to see paddy fields in Tegallalang as it was post-harvest with new planting season just started. Lucky we already visit Tegallalang during our last year trip in June 2011 with the hill terraces cover by growing green paddy. We decided move to other area near the famous Desa Ceking, Jalan Raya Tegallalang village with less stunning views BUT without swarms of souvenir sellers as at Desa Ceking.
Photo dari first trip ke Desa Ceking, Tegallalang (Jun 2011). 

Dari Puri Tirtha Empul, Tampaksiring ke Tegallalang mengambil masa perjalanan dalam 30 minit akan disajikan dengan keindahan pemandangan sawah padi bertingkat di lereng bukit.
Salah satu yang menarik perhatian pada saat melalui sawah di Bali adalah pura kecil yang ada di petak-petak sawah. Menurut kepercayaan masyarakat Hindu Bali, pura ini merupakan tanda syukur mereka terhadap limpahan kemakmuran dan rezeki yang diberikan Tuhan mereka melalui butir-butir padi yang akan mereka tuai pada akhir musim penananaman.

Tuesday 22 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi PART 4 (Day 2 : Pura Tirtha Empul, Tampaksiring)

Catatan perjalanan dalam Facebook bertarikh 26 November 2012.
Balinese women in formal Balinese dress carries sacred temple offerings in a procession during a temple ceremony in Pura Tirtha Empul, Tampaksiring, November 26, 2012. 
My story : Gray clouds hanging on the sky that afternoon. A few minutes later the first rain drops started falling. My trip to Pura Tirtha Empul that day was in the very same mood and theme with the temple itself: water everywhere.

Selamat tinggal Batur...dan kami menuruni bukit menuju ke Tegallalang. Sebelum itu singgah sebentar untuk mendapatkan Kopi Luwak.....berburu Luwak sampai ke Kintamani. Nak tahu pasal Kopi Luwak...rajin-rajin google. Hasilnya 2 packets 150 grams dengan harga Rp300,000 setiap satu ...menjadikan ia kopi termahal di dunia..the primadonna of coffee. Kalau tengok gaya pembuatannya taklah diproses di kilang berteknologi tinggi. Tak caya..biji kopi ditumbuk pun pakai lesung kayu.
Habis shopping kopi Luwak...terus bergerak ke Pura Tirtha Empul, Tampaksiring. Entrance fees dalam Rp15,000 seorang. Apa yang menarik...kebetulan waktu sampai terdapat upacara pemujaan...bolehlah layan walaupun hujan mulai turun dengan lebatnya. 
Di sini yang menariknya terdapat air mata yang menurut kepercayaan masyarakat Hindu Bali dapat menyucikan diri.
Terdapat 13 air mata yang mana terlibat dalam penyucian diri dan mereka perlu mandi dari air mata pertama sehingga yang terakhir. Itulah yang diberitahu oleh orang tempatan di situ. Akibat hujan yang semangkin lebat terpaksalah bergegas untuk bergerak ke lokasi seterusnya.

Friday 18 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi PART 3 (Day 2 : Kintamani Volcano's Tours

....sebelum ke galeri Wayan Mardiana sempat singgah dulu ke Tohpati Village yang terkenal dengan batiknya.
Kalau tengok proses pembuatan batik di Bali lebih kurang sama je dengan proses di Terengganu (tungguuu Terengganu Aku Datang Lagi). Cuma motif-motif yang digunakan agak berlainan...ia lebih berkisar kepada motif yang berkaitan dengan agama Hindu. Pusing-pusing dalam 30 minit...sebelum bergerak untuk menyaksikan barong.
Persembahan barong ni bermula jam 9 pagi dan mengambil masa dalam satu jam...kalau terlepas tunggu sampai esok hari je. Tak lama kat sini sebab kedua-dua intan payung sudah bosan...terbang Rp80,000 per person. Destinasi seterusnya naik ke pergunungan...Kintamani.

Sepanjang perjalanan akan disajikan dengan perkampungan tradisional Bali. Setiap rumah masyarakat Bali akan terdapat pura mereka sendiri. Apa yang menarik...rumah-rumah ini tidak dicat dan bahan binaanya diambil daripada batu muntahan gunung berapi...tu yang kebanyakannya rumah masyarakat Bali berwarna hitam.

Selepas 2 jam perjalanan dari Batuan, akhirnya sampai ke Kintamani. Jangan lupa bayar entrance  fees Rp5,000 seorang atau Rp30,000 per kenderaan. Faham-faham je..tiada yang free kat Bali ni. Seperti biasa...kita akan diserbu oleh penjual-penjual jalanan yang berdedikasi. Terpulanglah nak beli ke tak...sebab kalau kita cakap tak nak pun dia orang ini akan tetap mengekor kita. Kesimpulannya...layan atau buat tak layan. Lagi satu jangan sekali-kali menyentuh barang jualan atau start menawar harga kalau tak berminat untuk beli...sebab sekali dah sentuh macam dah kira jual lah. Kalau nak makan boleh ke Restoran Batur Sari (halal) dengan hidangan buffet berharga Rp85,000 seorang.... lepas tu bolehlah layan Gunung Batur. Ia masih aktif sehingga sekarang, last sekali meletup pada Julai 7, 2000...so sapa yang tak pergi lagi bolehlah pergi sebelum ia meletup lagi.
Gunung Batur dan Danau Batur.
Yang ini pula Gunung Abang (Red Mountain).  Kebanyakan pengunjung hanya memberi tumpuan kepada Gunung Batur bila ke sini. Kesian pulak si Abang ini. Sebenarnya "Batur" merujuk kepada keseluruhan kaldera (caldera in English) yang terdiri dari Gunung Batur, Danau Batur dan Gunung Abang dan terdapat penduduk asli Bali dari masyarakat Trunyan di bawak kaki Gunung Abang. Apa yang menarik kaldera "Batur" telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai sebahagian Global Geopark Network pada September 2012.  Kalau kat Malaysia ni... Pulau Langkawi termasuk dalam kategori Global Geopark. 

Nota : Maksud kaldera adalah kawah gunung berapi yang sangat besar terjadi dari peledakan atau runtuhnya bahagia puncak gunung berapi.

Monday 14 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi PART 2 (Day 2 : Art Shopping)

Catatan harian dari facebook 26 November 2012 untuk hari kedua.

"Going to Bali without buying anything related to art look in completed. Bali totally inspires in the richness of its art and handcrafts. So we spent out time visit directly one of the master painter house maned I Wayan Mardiana in Batuan village. Actually, it's an original Bali house converted into a gallery. So, we can see in details of the lori gate, bale, kitchen and experience the journey from one space to another. The gallery simply explodes in colour with the most variety of painting. The work was magnificent and they are totally hand oil painted. So, we got one of their masterpiece for us to be hang on our living room. Don't ask how much we paid for the painting....but is cost us MILLION. The work left on frames and wrapped in corrugated cardboard and we checked in with our luggage, no problems.

Just as a reminder to be wary of paintings elsewhere even in Ubud as some are copies, some don't use oil paint'.

Friday 11 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi PART 1 (Garuda Wisnu Kencana)

Lepas pusing-pusing di Pura Luhur Uluwatu hampir sejam, cermin mata pun dah dapat balik.....masa untuk bergerak ke destinasi seterusnya...Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana atau orang sana panggil Ge.We.Ka je. Dari Pura Uluwatu tak jauh hanya ambil masa dalam 10 minit berkenderaan. Taman wisata yang terletak di Bukit Ungasan, Kabupaten Badung kira-kira 40 km sahaja atau setengah jam perjalanan dari Denpasar.

Apa yang menarik di sini.....adalah satu percubaan orang Bali untuk mencipta rekod patung terbesar di dunia. Boleh kalah "Statue of Liberty" kat Liberty Island, New York. Perancangannya bila siap nanti ketinggiannya mencapai sehingga 146 meter (480 kaki) bayangkan 1/3 dari ketinggian Menara Berkembar Petronas. Patung Dewa Murugan kat Batu Caves pun baru setinggi 140 kaki. Sehingga kini projek ini belum sempurna sejak I Nyoman Nuarta memulakannya pada 2005....orang cakap tak cukup budget lagi.

Apa ceritanya di sebalik Sang Garuda yang menjadi tungangan Wisnu...rajin-rajin mintak tolong kat encik Google OK.
Tapi sehingga kini cuma baru siap bahagian kepala, sebahagian badan dan sepasang tangan dengan ketinggian 23 meter je. Tangan Wisnu pula di pamerkan tempat lain. Sang Garuda pula hanya ada bahagian kepala. Sekali pandang macam Thundercat. Kedua-dua Wisnu dan Garuda ditempatkan di dalam kawasan yang dipanggil Plaza Garuda.
Nak tahu besar mana kepala Sang Garuda.....harus manusia senang-senang masuk mulutnya macam burung makan ulat.
Dari Plaza Garuda kita akan menghadap satu kawasan terbuka yang sangat luas di bahagian bawah  bukit yang di panggil Lotus Pond. Jangan terkejut....kalau mengharap tasik nan biru dengan bunga-bunga teratai di permukannya...lupakan sahaja....tak ada ya. Apa yang ada dan menarik pasal Lotus Pond ini ialah merupakan bukit batu kapur yang ditarah menjadi tongkol-tongkol atau pilar-pilar batu kapur dan wujudkan dataran dan lorong-lorong yang besar.
Muka-muka Sang Puteri Lindungan Bulan I dan II yang sangat boring duduk di tangga Plaza Garuda menghadap ke Lotus Pond...asyik-asyik tanya bila nak ambik Cik Puan Besar kat airport.

Verdict : Kagum-kagum. Untuk masuk dikenakan tiket Rp60,000 (dewasa) dan Rp30,000 (3 - 7 tahun).

Destinasi seterusnya sepatutnya ke Pantai Dreamland, Pecatu Resort tapi sebab kedua-dua Sang Puteri Lindungan Bulan dah bosan....ambil keputusan bergerak kembali ke Bandar Udara (Bandara) Ngurah Rai untuk menjemput Cik Puan Besar yang dijangka tiba jam 7 malam walaupun ada 2 jam lagi.

Thursday 10 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi THE BEGINNING (Pura Luhur Uluwatu)

Bali...Aku datang lagi. 
Ini kali kedua menjejaki kaki ke Pulau Bali. Gila ke apa pi Bali sampai dua kali. Itu tak kira yang dah pasang angan-angan untuk pergi sekali lagi. Masih ada tempat yang tidak dikunjungi. Berpariwisata 4 hari 3 malam (25 - 28 November 2012) kali ini lebih santai berbanding dengan kunjungan pertama pada 2011 dan lebih bergaya. Apa taknya duduk pun hotel 4 bintang bling-bling lagi.

Tetapi perjalanan kali ini betul-betul memberi pengajaran. Apa taknya....passport Cik Puan Besar tak cukup sah tempoh 6 bulan. Bukannya tak ada pengalaman...padahal sebelum ni dah pusing Korea (Cik Puan Besar siap pi dua kali lagi), Hong Kong, Bandung...boleh benda ni terlepas pandang. Apa lagi mengelabah masa nak check-in. Nasib baik naik Malaysia Airlines boleh tukar flight dengan extra bayaran RM150 dan terus ke Pejabat Imigresen Putrajaya. Nasib baik bukak hari Ahad. So terpaksalah fly dengan Puteri-Puteri Lindungan Bulan dulu sementara Cik Puan Besar menguruskan passportnya sendiri dan ambik next flight. Ada hikmahnya...satu pengajaran dan pengalaman yang baru.

Dalam flight, Tuan Puteri-Puteri Lindungan Bulan boring, layan tidur sepanjang penerbangan 3 jam. So, bila sampai untuk first 1/2 day trip ke Uluwatu dan Garuda Wisnu Kencana (GWK) sangat membosankan sebab Tuan Puteri-Puteri asik tanya pasal Cik Puan Besar. So, layanlah gambar yang tak seberapa adanya mood.

Destinasi pertama selepas touch down adalah Pura Luhur Uluwatu yang terletak di ujung barat daya pulau Bali. 
Pura  Luhur  Uluwatu  is a  beautiful  cliff-top temple  in Bukit Peninsula. It perched 100 meter above the Indian Ocean on a sheer promontory. Watch out your step and be careful when walking along this cliff side as there is no fence or protection especially when you want to take your photo with the ocean and the temple as a background......kalau jatuh sure mati.
Dahlah mood kurang.........ada pulak  masalah  lain  kat sini..."the kiasu  monkey" yang suka mencuri. Sempat lagi  curi cermin mata  walaupun  dah simpan dalam poket baju.....terbang  Rp100,000 nak dapatkan cermin mata balik....kalau tak kelam sepanjang berada di Bali (macam sendikit je monyet-monyet ni).
Puteri Lindungan Bulan 1 dengan muka yang tak ada mood. 
Verdict : The cliff is fascinating but the temple itself is not as impressive as others temples in Bali plus the scary monkey. Some people cakap lucu...tapi bagi aku mengerikan.  Entrance fees Rp 50,000 (dewasa), Rp25,000 (kanak-kanak) dan kalau nak tengok tarian Kecak tambah lagi Rp70,000.

Next Garuda Wisnu Kencana. 

Wednesday 9 January 2013

Foto Ku Di Dalam The Star

Apalah surat khabar The Star ni...dahlah pakai gambar aku..bagilah sikit duit kopi ke...boleh aku buat beli susu anak. Paling kurang pun boleh belanja family aku minum kat "Gong Cha", "Chat Time" ke... Hantar email ke editor dah seminggu tak berjawab. Apa punya customer service...say thank you pun tak ada.
Ceritanya bergini...dulu aku rajin hantar cerita ala-ala photo essay ke The Star dengan harapan boleh diterbitkan. So, The Star ada select and mintak 10 keping gambar high-res. Dipendekan cerita 7 keping masuk The Star...glamour satu Malaysia...satu muka surat tu. Siap frame lagi.

Last week tup-tup The Star pakai another gambar yang tak publish...caption cerita pun pakai aku punya. Yang hangin tu...credit langsung tak bagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...