Monday 4 February 2013

Kuala Terengganu - Thing To Do Within 24-Hour (Part 2)

Sambungan dari bahagian perjalanan terdahulu.

(5) Muzium Negeri Terengganu
Selepas keluar dari Taman Tamadun Islam..jangan lupa singgah sebentar ke Muzium Negeri Terengganu yang terletak di Bukit Losong. Orang tempatan panggil muzium ini sebagai Muzium Losong. Semua apa yang anda ingin tahu pasal Terengganu ada di sini...sehinggakan rumah kampung Terengganu pun ada. Batu Bersurat Terengganu yang asal juga terdapat di dalam muzium ini. Kalau malas sangat nak masuk bolehlah melihat replika Batu Bersurat Terengganu di Bulatan Ladang Kuala Terengganu (Jalan Sultan Ismail - Jalan Sultan Mahmud - dulu tempat ni duduknya batu Si Penyu sebelum Si Penyu kembali ke laut).
Muzium Negeri Terengganu
What we can say...seni bina yang menarik dan bangunan yang...humongous, huge, mammoth and gigantic. Ia juga merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Kalau betul-betul explore...paling kurang 2 jam baru habis. Tiket masuk untuk dewasa RM5.00 dan kamera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam muzium. Yang rasa-rasa nak ambik gambar Batu Bersurat Terengganu...lupakan saja niat itu...tolong tinggalkan di kaunter pengawal.

1200 hour waktu makan tengahari......makanlah kat mana-mana anda nak makan...ini bukan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Kalau malas nak pusing-pusing boleh makan di destinisi seterusnya sambil membeli-belah.

(6) Pasar Kedai Payang
"......kak, masuk kak...batik sutera murah-murah...."
Ini tempat kegemaran kaum wanita...cerita banyak pun tak guna...mulakan kehebatan kuasa tawar menawar anda. Jadi selamat membeli belah sutera Terengganu.
Pemandangan hadapan Pasar Kedai Payang
Cantik-cantik belaka...terpulanglah yang mana idaman kalbu
Jangan tergesa-gesa...bersopan santunlah walaupun di tangga
Sewaktu menunggu kaum wanita menghabiskan seribu, dua ribu kat dalam...bolehlah layan durian kat luar 
Bagi kaum wanita yang rasa tak habis shopping lagi dan terasa tak cukup...bolehlah meneruskan aktiviti di Bazar Warisan yang terletak di hadapan Pasar Kedai Payang. Lagi pun...inikan tujuan utama kebanyakkan orang yang datang ke Kuala Terengganu.
Bazar Warisan..seni bina yang menarik
(7) Kampung Cina dan "Turtle Alley"
Bersebelahan dengan Pasar Kedai Payang terdapat dua baris kedai lama sepanjang Jalan Kampung Cina yang menjadi saksi bermulanya penempatan dan perniagaan terawal masyarakat Cina di Terengganu.
Gaya bangunan Neo classical sehingga Art Deco
Tokong Ho Ann Kiong dibina pada tahun 1801 oleh komuniti Hokkien
Selain dari penempatan kaum cina terdapat satu daya tarikan yang menarik yang begitu sinonim dengan Terengganu...Penyu di Turtle Alley atau Lorong Penyu. Lorong yang menghubungkan Jalan Kampung Cina ke Pulau Warisan selebar 4 kaki yang dihiasi dengan pesanan-pesanan dan maklumat berkaitan dengan program konservasi penyu.
"Anak muda berlagu sayang, 
Di Batu Remis melepas rindu, 
Adik ketawa di Rantu Abang,
Penyu menangis siapalah tahu"  
                                                                                  - Allahyarham JM Aziz & Allahyarham Sudirman
Pesanan khidmat masyarakat yang jelas ...."Say No To Turtle Eggs"
Lorong selebar 4 kaki yang sungguh mendalamnya maksudnya
(8) Masjid Abidin
Dari Pasar Kedai Payang menuju ke Jalan Masjid Abidin akan disajikan oleh sebuah masjid berwarna putih yang merupakan masjid tertua di Kuala Terengganu. ..Masjid Abidin atau Masjid Besar atau Masjid Putih.

(9) Warung Pok Nong
Waktu minum petang di Kuala Terengganu telah tiba. Masa untuk menikmati ICT dan KLCC. ICT ni bukannya 'information and communication technology' dan KLCC bukannya 'Kuala Lumpur City Centre'. Menjamu selera gaya orang Terengganu..."Ikan Celup Tepung" dan "Keropok Lekor Cicah Cili". Kelassss gitu orang Terengganu...minum petang makan sotong. Banyak tempat untuk kita menjamu ICT dan KLCC tetapi yang ni perlu dicari...Warung Pok Nong di Mengabang Telipot. Nak tahu kenapa...pastikan anda sampai sebelum pukul 3 petang...faham-faham je.
Pak Nong bersiap sedia menjelang pukul 4 petang...waktu minum petang orang Terengganu. 
Disebabkan sampai awal pukul 3 petang...kita orang pun dengan bermurah hati menawarkan pertolongan untuk mencuci sotong, ikan dan udang.

Banyak cerita tak guna, mari layan ICT dan KLCC Pok Nong

Bagi orang luar yang kurang arif, kebanyakan akan menghala ke Pantai Teluk Ketapang di belakang Lapangan Terbang Sultan Mahmud kerana kalau ditanya masyarakat setempat mereka akan menyatakan lokasinya di "belakang airport" walupun sebenarnya di Mengabang Telipot. Bagi memudahkan anda menikmati minum petang di Warung Pok Nong, bolehlah mengunakan peta ini sebagai rujukan. 

Atau kalau tak jumpa juga...boleh hubungi terus Pok Nong di talian 09-6127655 
atau GPS 5 ° 25 ’ 40.7 ” , 103 ° 04 ‘ 22.5 “. Selamat menjamu selera.

(10) Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai
Habis waktu minum petang boleh bergerak ke arah Dungun dan perjalanan ke selatan akan mengambil masa dalam 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu ke Kuala Ibai...destinasi masjid terapung.
Bagi yang nak bermalam di Kuala Terengganu...bolehlah cari-cari mana-mana hotel yang berkenan di hati.
Pemandangan Pantai Batu Burok dan Pulau Kapas dikejauhan dari bilik 1017, Primula Beach Resort.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...