Friday, 25 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi PART 6 (Day 3 : Pura Taman Ayun, Mengawi)

Perjalanan hari ketiga diteruskan...Pura Taman Ayun, 30 minit perjalanan dari Kuta.
Catatan dari facebook 27 November 2012.

Pura Taman Ayun or "Temple of the Beautiful Gardens", located in Mengawi, Denpasar is one of the unique temple in Bali. Decorated by number of Meru - a multi-storey with ijuk black thatched roofed tower shrines buildings like pagoda in the inner court dedicated to visiting deities and spirit. There are 10 numbers of meru with each of the meru have either 1, 2, 3, 5, 7, 9 or 11 roof levels (Desa Mengwi , Badung, 80234 Denpasar, Bali Indonesia).

Seperti maksud namanya...pura ini dikelilingi oleh kolam-kolam buatan dan landskap taman yang menarik. Ia terbahagi kepada 3 bahagian. Lah ni bila masuk je akan melalui jambatan menuju ke bahagian pertama dipanggil Nista Mandala - untuk rakyat jelata. Untuk masuk jangan lupa bayar tol dulu...Rp3,000 seorang.
Kemudian menuju ke bahagian tengah - Madia Mandala dengan upacara sembayang akan dijalankan di sini setiap 210 hari (ingat kalender orang Bali ni sampai 11 bulan je). Sebabkan panas yang amat terik terus bergerak ke bahagian seterusnya. Oh ya...dekat bahagian tengah ni ada menara dengan gong....untuk senang panggil orang kampung kot ?. dan tak lupa juga terdapat bale khas untuk artis berkarya.
Seterusnya ke bahagian paling utama dan suci - Utama Mandala iaitu tempat raja-raja duduk. Bahagian ini tidak dibuka kepada para pelancong dan hanya kepada penduduk setempat yang ingin beribadat. Nak tahu kenapa?. Sebab terdapat orang yang datang bulan, senyap-senyap buat bodoh je masuk walaupun terdapat larangan untuk mereka, mereka dan mereka yang terlibat. Yang bestnya macam mana dia orang tahu. Jawapannya....sebab mereka dapati semangkin banyak binatang berbisa masuk ke sisi...dah tak suci katanya
Tak perlu risau, walaupun tak dapat masuk melalui Gapura utama ini (gambar atas), bolehlah meninjau-ninjau dari luar pagar keindahan pura bumbung bertingkat-tingkat.
Nak tahu kenapa ada tingkat-tingkat yang berlainan...rajin-rajinlah google. Sebab aku sendiri pun tak tahu. Kalau aku dah tahu...nanti aku update.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...