Land
Rover dan Cameron Highlands tidak dapat dipisahkan. Diangarkan terdapat hampir 10,000
buah pacuan empat roda di Cameron Highlands menjadikan ia daerah dengan
berkepadatan kenderaan Land Rover tertinggi di dunia.
Kebanyakan
Land Rover yang dijadikan kenderaan utama pengusaha ladang-ladang sayur di
Cameron Highlands dibeli melalui pembelian secara lelong yang telah dilupuskan
perkhidmatannya dari pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau dari agensi-agensi kerajaan dengan harga antara RM5,000 ke RM7,000 bergantung kepada kondisi kenderaan itu yang kebanyakaan
telah rosak di bahagian enjin dan kotak gear.
Jika
dahulunya berkhidmat membawa askar ke medan perang, kini dengan nyawa kedua
yang diberikan, kenderaan sekukuh kereta kebal kini berkhidmat di bumi subur
dan dingin Cameron Highlands dengan gelaran King
of Mountain berulang-alik antara pekan Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap,
Kuala Terla dan Kampung Raja mengangkut pekerja, peralatan ladang, membawa
baja, dan membawa keluar hasil ladang.
Apa
yang menariknya jika diamati kebanyakan Land Rover ini ditanda dengan huruf CH
di pintu kiri dan kanannya. Semua Land Rover atau kenderaan dengan akronim CH
yang bermaksud Cameron Highlands tidak dibenarkan dipandu di luar daerah
Cameron Highlands. Sebagai pulangan, mereka hanya perlu membayar cukai jalan
10% daripada jumlah sebenar yang perlu dibayar. Bagi kenderaan pacuan empat
roda dengan kapasiti 2500cc cukai jalan yang dikenakan adalah sekitar
RM900 dan dengan keistimewan ini mereka hanya perlu membayar RM90 setahun sahaja.
Namum
di waktu yang sama daerah Cameron Highlands juga mula digelar sebagai Land Rover Graveyard. Akibat dari kos
barang gantian yang tinggi, kebanyakkan pengusaha ladang sayur kini bertukar ke
kenderaan pacuan empat roda buatan Jepun seperti Toyata Hilux menyebabkan Land
Rover ini terbiar di tepian jalan menunggu masa untuk dijual sebagai besi
buruk.
No comments:
Post a Comment