Makluman : Trip yang tidak dirancang. Oleh itu kalau gambar tak berapa jelas harap mintak maaf sebab pakai camera handphone yang kurang mega pixelnya.
OK...Everyone loves chocolate especially kid...yum yum yum. So, cerita hari ni pasal coklat..bukan macam dalam movie Charlie and the Chocolate Factory lakonan Johnny Depp..tapi pasal muzium coklat.
Malaysia sudah ada muzium coklat ? Jangan tak tahu. Bagi penggemar dan peminat-peminat coklat di Malaysia boleh ke Kota Damansara untuk merasai keterujaan ini. Muzium coklat ini juga yang pertama di Asia Tenggara walaupun ia tidaklah setanding kehebatan Chocolate Museum di Jeju-do Island, Korea Selatan.
Malaysia sudah ada muzium coklat ? Jangan tak tahu. Bagi penggemar dan peminat-peminat coklat di Malaysia boleh ke Kota Damansara untuk merasai keterujaan ini. Muzium coklat ini juga yang pertama di Asia Tenggara walaupun ia tidaklah setanding kehebatan Chocolate Museum di Jeju-do Island, Korea Selatan.
Bahagian hadapan Chocolate Museum yang sebenarnya sebuah kilang dan pejabat operasi DR Group Holding Sdn Bhd, syarikat pengeluar coklat tempatan seperti Danson, Milton dan Fidani. |
Apa yang ada di dalam muzium coklat ini ? Hasil pemerhatian yang dilakukan setelah pusing berkali-kali selama sejam di sini dengan ditemani oleh dua orang penggemar coklat yang tegar (sebenarnya ruang pameran muziumnya taklah besar dalam 3,000 kaki persegi je)....ia menggunakan konsep 3E di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education & exploration), pengalaman menyaksikan proses pembuatan coklat (experience) dan keseronokan membeli di sini (enjoyable). Apa yang tak seronoknya...terdapat 100 jenis coklat berjenama dijual di sini dengan harga 30% lebih murah dari harga pasaran.
Pengemar tegar coklat bersama lembu coklat Hershey's yang terkenal dengan milk chocolatenya di pintu masuk muzium. |
Replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Radolphe Lindt. |
Bagi puak Toltecs, koko dilihat sebagai hadiah daripada Tuhan Quetzalcoati |
Pengunjung boleh melihat sendiri aksi mengadun coklat cair dari dapur muzium oleh abang-abang chef yang hensem melalui tingkap kaca. |
Siapa nak coklat...Sayaaaaaaaaaa |
Bagi yang berminat, bolehlah berkunjungi ke Muzium Coklat ini di No 2, Jalan Teknologi 3/4, Seksyen 3, Kota Damansara, Selangor (dekat dengan pasar Kota Damansara Uptown) dan dibuka dari jam 10 pagi ke 5 petang setiap hari. Masuk adalah percuma. Kalau perlukan informasi lanjut bolehlah ke DR Group Holding Sdn Bhd dan selamat menikmati coklat.
No comments:
Post a Comment