Bali...Aku datang lagi.
Ini kali kedua menjejaki kaki ke Pulau Bali. Gila ke apa pi Bali sampai dua kali. Itu tak kira yang dah pasang angan-angan untuk pergi sekali lagi. Masih ada tempat yang tidak dikunjungi. Berpariwisata 4 hari 3 malam (25 - 28 November 2012) kali ini lebih santai berbanding dengan kunjungan pertama pada 2011 dan lebih bergaya. Apa taknya duduk pun hotel 4 bintang bling-bling lagi.
Tetapi perjalanan kali ini betul-betul memberi pengajaran. Apa taknya....passport Cik Puan Besar tak cukup sah tempoh 6 bulan. Bukannya tak ada pengalaman...padahal sebelum ni dah pusing Korea (Cik Puan Besar siap pi dua kali lagi), Hong Kong, Bandung...boleh benda ni terlepas pandang. Apa lagi mengelabah masa nak check-in. Nasib baik naik Malaysia Airlines boleh tukar flight dengan extra bayaran RM150 dan terus ke Pejabat Imigresen Putrajaya. Nasib baik bukak hari Ahad. So terpaksalah fly dengan Puteri-Puteri Lindungan Bulan dulu sementara Cik Puan Besar menguruskan passportnya sendiri dan ambik next flight. Ada hikmahnya...satu pengajaran dan pengalaman yang baru.
Dalam flight, Tuan Puteri-Puteri Lindungan Bulan boring, layan tidur sepanjang penerbangan 3 jam. So, bila sampai untuk first 1/2 day trip ke Uluwatu dan Garuda Wisnu Kencana (GWK) sangat membosankan sebab Tuan Puteri-Puteri asik tanya pasal Cik Puan Besar. So, layanlah gambar yang tak seberapa adanya mood.
Destinasi pertama selepas touch down adalah Pura Luhur Uluwatu yang terletak di ujung barat daya pulau Bali.
Pura Luhur Uluwatu is a beautiful cliff-top temple in Bukit Peninsula. It perched 100 meter above the Indian Ocean on a sheer promontory. Watch out your step and be careful when walking along this cliff side as there is no fence or protection especially when you want to take your photo with the ocean and the temple as a background......kalau jatuh sure mati.
Dahlah mood kurang.........ada pulak masalah lain kat sini..."the kiasu monkey" yang suka mencuri. Sempat lagi curi cermin mata walaupun dah simpan dalam poket baju.....terbang Rp100,000 nak dapatkan cermin mata balik....kalau tak kelam sepanjang berada di Bali (macam sendikit je monyet-monyet ni).
Puteri Lindungan Bulan 1 dengan muka yang tak ada mood.
Verdict : The cliff is fascinating but the temple itself is not as impressive as others temples in Bali plus the scary monkey. Some people cakap lucu...tapi bagi aku mengerikan. Entrance fees Rp 50,000 (dewasa), Rp25,000 (kanak-kanak) dan kalau nak tengok tarian Kecak tambah lagi Rp70,000.
Next Garuda Wisnu Kencana.