Wednesday, 30 January 2013

Teaser : Qubbat Al-Sakhrah (Dome of Rock), Haram Al-Quds al Syarif, Baitul Muqqaddis, Palestine

Apa yang ada di dalam Qubbat Al-Sakhrah dan cerita disebaliknya. Mengapa masyarakat Islam mengatakan Qubbat Al-Sakhrah sebagai Masjid Al-Aqsa. Apabila disebut tentang Masjidil Al-Aqsa di dalam media massa maka gambar "The Dome of Rock" pula yang dipaparkan. Itulah kebingungaan dan kekeliruan ciptaan manusia agar "Solomon Temple" bisa didirikan.

Namun itu juga kekeliruan yang aku lihat dan dengar dari pelawat-pelawat ke Kompleks Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bila terdapat perbahasan antara pengunjung yang menyatakan terdapat kesilapan dalam papan tanda 'monument' ini yang mana ia sepatutnya dilabel sebagai Masjid Al-Aqsa dan bukannya Kubbah As-Sakhrah. 

Aku rasa...pihak pengurusan Taman Tamadun Islam perlu mendirikan replika Masjid Al-Aqsa (monument yang ke-24) bagi mendidik masyarakat ke atas kekeliruan ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Saturday, 26 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi Part 7 (Day 3 : Pura Ulun Danu, Bratan)

Selepas hampir satu jam menjelajah Pura Taman Ayun waktu untuk bergerak melalui ke Candi Kuning...naik ke tanah tinggi untuk melihat Pura Ulun Danu di Tasik Beratan. Pura ini merupakan yang kedua terbesar selepas Pura Besakih. Pura Besakih...mother of all pura in Bali ini menjadi alasan untuk berkunjung ke Bali lagi sebab tak pergi lagi.  Pura Taman Ayun ini sangat menarik sehingga ia diabadikan di dalam nota wang Rp50,000. Lagi satu kalau nak tahu sapa tu Ngurah Rai yang namanya diabadikan dalam lapangan terbang di Bali (Lapangan Udara Ngurah Rai) pun boleh lihat di nota Rp50,000 ni.

Catatan facebook 27 November 2012.

“Take an umbrella, it rains in the mountains”

Heading northwest, we visited a beautiful temple on the lake - Ulun Danu Temple on Lake Beratan. During our journey up to the mountain it started to rain and more heavy when we arrived at the temple. The threat of a downpour did not deter us. The temple looked surreal and beautiful on the lake. Absolutely picturesque despite the cloudy day with fog around the lake covering the mountain at the background.


Probably if the weather was better I’ve liked even more but it was nice to been here after spending almost 2 hours drive from the Wina Holiday Villa, Kuta where we were stay. 



Lagi sekali jangan lupa tiket masuk dalam Rp10,000 seorang.
Disebabkan hujan yang semangkin lebat dan cuaca yang sangat sejuk, terus bergerak ke Tanah Lot.

Friday, 25 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi PART 6 (Day 3 : Pura Taman Ayun, Mengawi)

Perjalanan hari ketiga diteruskan...Pura Taman Ayun, 30 minit perjalanan dari Kuta.
Catatan dari facebook 27 November 2012.

Pura Taman Ayun or "Temple of the Beautiful Gardens", located in Mengawi, Denpasar is one of the unique temple in Bali. Decorated by number of Meru - a multi-storey with ijuk black thatched roofed tower shrines buildings like pagoda in the inner court dedicated to visiting deities and spirit. There are 10 numbers of meru with each of the meru have either 1, 2, 3, 5, 7, 9 or 11 roof levels (Desa Mengwi , Badung, 80234 Denpasar, Bali Indonesia).

Seperti maksud namanya...pura ini dikelilingi oleh kolam-kolam buatan dan landskap taman yang menarik. Ia terbahagi kepada 3 bahagian. Lah ni bila masuk je akan melalui jambatan menuju ke bahagian pertama dipanggil Nista Mandala - untuk rakyat jelata. Untuk masuk jangan lupa bayar tol dulu...Rp3,000 seorang.
Kemudian menuju ke bahagian tengah - Madia Mandala dengan upacara sembayang akan dijalankan di sini setiap 210 hari (ingat kalender orang Bali ni sampai 11 bulan je). Sebabkan panas yang amat terik terus bergerak ke bahagian seterusnya. Oh ya...dekat bahagian tengah ni ada menara dengan gong....untuk senang panggil orang kampung kot ?. dan tak lupa juga terdapat bale khas untuk artis berkarya.
Seterusnya ke bahagian paling utama dan suci - Utama Mandala iaitu tempat raja-raja duduk. Bahagian ini tidak dibuka kepada para pelancong dan hanya kepada penduduk setempat yang ingin beribadat. Nak tahu kenapa?. Sebab terdapat orang yang datang bulan, senyap-senyap buat bodoh je masuk walaupun terdapat larangan untuk mereka, mereka dan mereka yang terlibat. Yang bestnya macam mana dia orang tahu. Jawapannya....sebab mereka dapati semangkin banyak binatang berbisa masuk ke sisi...dah tak suci katanya. 
Tak perlu risau, walaupun tak dapat masuk melalui Gapura utama ini (gambar atas), bolehlah meninjau-ninjau dari luar pagar keindahan pura bumbung bertingkat-tingkat.
Nak tahu kenapa ada tingkat-tingkat yang berlainan...rajin-rajinlah google. Sebab aku sendiri pun tak tahu. Kalau aku dah tahu...nanti aku update.

Wednesday, 23 January 2013

Bali...Aku Datang Lagi Sambungan PART 5 (Day 2 : Tegallalang Rice Terrace, Puri Saren, Ubud Market & Jimbaran Bay)

Lepas menikmati keindahan sawah padi di Tegallalang, terus bergerak ke pekan Ubud. Lokasi pertama adalah Puri Saren atau Istana Ubud. Ia betul-betul terletak di tengah pekan Ubud. Ia merupakan istana kerajaan Ubud yang sehingga kini sang raja berserta keluarganya masih bersemayam di istana ini. Pelawat dibenarkan masuk di bahagian laman istana sahaja. Memasuki laman terdapat 2 buah pintu utama dan 3 buah bale Bali untuk beristirehat. Pertama kali di Bali...tiada bayaran masuk dikenakan. Kepada sesiapa yang nak merasai kehidupan di dalam istana boleh menyewa bilik di situ. 
Pemandangan laman tengah (center courtyard) Puri Saren dengan salah satu pintu ke bahagian dalam istana.
Patung di luar tembok pagar Puri Saren.
Habis meninjau Puri Saren terus bergerak ke Pasar Ubud. Dari Puri Saren kami berjalan kaki dalam 1 kilometer sebelum sampai ke Pasar Ubud. Sebahagian daripada pasar dalam proses renovasi sewaktu kami tiba di sana.
Pemandangan laman tengah pasar dari tingkat satu.
Barang kraftangan mendominasi kebanyakan kedai di Pasar Ubud.
Kedai-kedai di sepanjang Jalan Karna yang terletak di luar Pasar Ubud.
Dewa Made Antara Jaya of Dap Dap Shop, salah seorang pelukis di Karna Road, Ubud. 
Senang sekali berurusan dengan Bapak Dewa (087862939394).

Penat pusing Pasar Ubud hampir satu jam, masa untuk bergerak ke pantai Jimbaran bagi menikmati makan malam. Orang cakap kalau ke Bali tak makan di pantai Jimbaran tak sah. Tapi siap sedialah dengan harganya...biasalah makan di tepi pantai tumpuan pelancong...faham-faham je. Kami bersantap di Bali Cafe 21 dengan menu ikan dan ketam bakar, udang, sotong goreng tepung, kepah dan kangkung goreng. Rasanya dalam Rp200,000 untuk seorang.
Sambil makan bolehlah dihiburkan oleh pemuzik-pemuzik jalanan (jangan lupa bagi tip). Dia orang ni lagu english punyalah power hafal. Mintak lagu indonesia...boleh tak hafal. Nampak sangat yang makan kat sini orang luar.
Apa macam...romantik tak makan di sini ?

Bali...Aku Datang Lagi PART 5 (Day 2 : Tegallalang Rice Terrace, Puri Saren & Ubud Market)

Catatan perjalanan facebook pada 26 November 2012.

Tegallalang Rice Terrace - The Hills Are Alive With The Sound of Swaying Paddy!
November is not the best time to see paddy fields in Tegallalang as it was post-harvest with new planting season just started. Lucky we already visit Tegallalang during our last year trip in June 2011 with the hill terraces cover by growing green paddy. We decided move to other area near the famous Desa Ceking, Jalan Raya Tegallalang village with less stunning views BUT without swarms of souvenir sellers as at Desa Ceking.
Photo dari first trip ke Desa Ceking, Tegallalang (Jun 2011). 

Dari Puri Tirtha Empul, Tampaksiring ke Tegallalang mengambil masa perjalanan dalam 30 minit akan disajikan dengan keindahan pemandangan sawah padi bertingkat di lereng bukit.
Salah satu yang menarik perhatian pada saat melalui sawah di Bali adalah pura kecil yang ada di petak-petak sawah. Menurut kepercayaan masyarakat Hindu Bali, pura ini merupakan tanda syukur mereka terhadap limpahan kemakmuran dan rezeki yang diberikan Tuhan mereka melalui butir-butir padi yang akan mereka tuai pada akhir musim penananaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...