Wednesday, 17 April 2013

Akronim CH, Land Rover Dan Cameron Highlands


Land Rover dan Cameron Highlands tidak dapat dipisahkan. Diangarkan terdapat hampir 10,000 buah pacuan empat roda di Cameron Highlands menjadikan ia daerah dengan berkepadatan kenderaan Land Rover tertinggi di dunia.
Kebanyakan Land Rover yang dijadikan kenderaan utama pengusaha ladang-ladang sayur di Cameron Highlands dibeli melalui pembelian secara lelong yang telah dilupuskan perkhidmatannya dari pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau dari agensi-agensi kerajaan dengan harga antara RM5,000 ke RM7,000 bergantung kepada kondisi kenderaan itu yang kebanyakaan telah rosak di bahagian enjin dan kotak gear.

Jika dahulunya berkhidmat membawa askar ke medan perang, kini dengan nyawa kedua yang diberikan, kenderaan sekukuh kereta kebal kini berkhidmat di bumi subur dan dingin Cameron Highlands dengan gelaran King of Mountain berulang-alik antara pekan Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja mengangkut pekerja, peralatan ladang, membawa baja, dan membawa keluar hasil ladang.

Apa yang menariknya jika diamati kebanyakan Land Rover ini ditanda dengan huruf CH di pintu kiri dan kanannya. Semua Land Rover atau kenderaan dengan akronim CH yang bermaksud Cameron Highlands tidak dibenarkan dipandu di luar daerah Cameron Highlands. Sebagai pulangan, mereka hanya perlu membayar cukai jalan 10% daripada jumlah sebenar yang perlu dibayar. Bagi kenderaan pacuan empat roda dengan kapasiti 2500cc cukai jalan yang dikenakan adalah sekitar RM900 dan dengan keistimewan ini mereka hanya perlu membayar RM90 setahun sahaja.
Namum di waktu yang sama daerah Cameron Highlands juga mula digelar sebagai Land Rover Graveyard. Akibat dari kos barang gantian yang tinggi, kebanyakkan pengusaha ladang sayur kini bertukar ke kenderaan pacuan empat roda buatan Jepun seperti Toyata Hilux menyebabkan Land Rover ini terbiar di tepian jalan menunggu masa untuk dijual sebagai besi buruk.


Monday, 8 April 2013

Mencari Puteri Gunung Ledang Di Puncak Gunung Brinchang


Mencari Puteri Gunung Ledang di Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang? 

Berkabus...suasana mistik menanti di dalam 'mossy forest'.
Di lokasi ini lah Laksaman Hang Tuah (Dato’ M.Nasir) bertemu dengan Puteri Gunung Ledang (Datin Seri Tiara Jacquelina) dalam filem budget besar Puteri Gunung Ledang (2004) arahan Saw Teong Hin.

Keindahan hutan berlumut atau “Mossy Forest” (ketinggian 6,561 kaki) yang terletak di Gunung Brinchang (6,666 kaki dari paras laut yang diukur dari Stesen Mikro Gunung Brinchang)  telah dijadikan latar  belakang scene kediaman sang puteri merupakan salah satu anugerah alam yang paling unik. 

Pandang ke atas dan saksikan corak yang menarik.  Corak ini hanya terdapat di hujung denai 'mossy forest'
sebelum laluan trekking ke Gunung Irau.
Ia dipenuhi dengan lumut menghijau dari lantai hutan ke puncak pokok memberikan pemandangan yang cantik, damai dan memberikan suasana yang penuh mistik. Berada di dalam hutan berlumut di Gunung Brinchang juga seumpama anda sedang berdiri di dalam Fangorn Forest dalam filem Lord of The Rings.
Kepala gajah dan belalainya.
Tempat pertemuan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang di dalam filem Puteri
Gunung Ledang
Perpohon yang tumbuh adalah sangat tebal. Suasana berkabus, lembab dengan hanya sedikit cahaya matahari yang berhasil menerobos sehingga ke lantai hutan memberikan kondisi yang sesuai untuk lumut ini berkembang memenuhi hutan seolah-oleh seperti hamparan permadani.
Periuk kera yang sedia menanti untuk memasak sang serangga.
Terdapat juga pelbagai jenis fauna dan flora – pepohon yang memiliki akar gantung, pelbagai jenis anggerik tumbuh liar, paku pakuan dan flora karnivor periuk kera (Nepenthes pitcher plants) yang menjadikan serangga kecil sebagai makannya.
Lumut yang menghijau dan segar.
Untuk ke lokasi, mulakan perjalanan dari Horney Bee Farm atau cari papan tanda "Hutan Simpan Mossy Gunung Brinchang". Jalan masuk utamanya terletak kira-kira 400 meter dari Hotel Equatorial, Brinchang. Perjalanan akan melalui jalan berturap disajikan dengan pemandangan ladang teh BOH Sg. Palas sebelum belok ke kiri pada papan tanda "Stesen Mikro Gunung Brinchang". Dinasihatkan untuk memandu mengunakan gear rendah sehingga ke puncak Gunung Brinchang.

Laluan berturap ke puncak Gunung Brinchang menjadikan ia perjalanan ke puncak gunung setinggi
6,666 kaki dari paras laut tanpa perlu mendaki dan ia merupakan tempat tertinggi di Malaysia
 yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor.
Dari kawasan tempat letak kereta, terdapat laluan jambatan (walkway) sepanjang 200 meter yang membawa pengunjung ke dalam hutan berlumut tanpa bersusah payah.  Dan di akhir laluan ini akan bermulanya laluan trek hutan ke puncak Gunung Irau (6,932 kaki dari paras laut) yang mana ‘mossy forest’ lebih menarik dari Gunung Brinchang.
Tadaaaa..."platform walkway" memudahkan kerja anda menjelajahi 'mossy forest'.




Monday, 11 March 2013

Space...The Final Frontier - Star Trek : The Exhibition

"Space... The final frontier……These are the voyages of the Starship Enterprise.
 Its continuing mission:
 To explore strange new worlds...
 To seek out new life; new civilizations...
 To boldly go where no one has gone before!"
                                                                     Jean-Luc Picard, Captain, Starship Enterprise; NCC-1701D
Susun atur prop di set penggambaran Kuaters Kapten Picard di susun sama seperti dipaparkan dalam siri Star Trek.
Bagi Star Trek fans...kalau tak tahu monoloque ni anda bukanlah "trekkies" tegar. OK, bagi "trekkies" anda ada sehingga 31 March 2013 untuk melawat pameran "Star Trek - The Exhibitions" di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara. If you miss this, you need to go to Taipei for the next stop. 

Pameran ini mengumpulkan prop, kostum dan set pengambaraan daripada lima siri televisyen Star Trek dan 11 filem Star Trek. Apa yang menjadi perhatian dan tumpuan adalah Kuarters Kapten Jean-Luc Picard, Bridge - pusat kawalan kapal angkasa USS Enterprise dan bilik Transporter. Bagi pengunjung bolehlah mengabadikan potret sebagai kenangan-kenangan di set Bridge dan bilik Transporter : "Beam me up, Scotty".
Replika USS Enterprise setinggi 7 meter. Gambar curi-curi sebelum pertugas datang..... "No photo, please".
Rasa-rasa nak jadi pelakon Star Trek bolehlah mencuba skrip filem "Star Trek - The Next Generation".
Starring Kakak Nana as a Lieutenant Commander Data.
Screen from film showing the Bridge and crew.
Borg..makhluk asing cybernatic yang separuh organik dan separuh hidupan buatan.
Borg Sphere...kenderaan taktikal jarak jauh makhluk Borg.
Perhatian : Pelawat tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam ruang pameran. Bagi sesi pengambaran di Bridge dan bilik Transporter, caj RM10 dikenakan bagi mendapatkan salinan gambar yang akan diisi di dalam Crew Photos folder. Tiket untuk masuk RM20 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) dan ada special package jika beli 2 tiket dewasa akan dapat 1 tiket percuma untuk kanak-kanak. Ruang pameran dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang dan tutup pada hari Jumaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...