"Space... The final frontier……These are the voyages of the Starship
Enterprise.
Its continuing mission:
To explore strange new worlds...
To seek out new life; new civilizations...
To boldly go where no one has gone before!"
Jean-Luc Picard, Captain, Starship Enterprise; NCC-1701D
|
Susun atur prop di set penggambaran Kuaters Kapten Picard di susun sama seperti dipaparkan dalam siri Star Trek. |
Bagi Star Trek fans...kalau tak tahu monoloque ni anda bukanlah "trekkies" tegar. OK, bagi "trekkies" anda ada sehingga 31 March 2013 untuk melawat pameran "Star Trek - The Exhibitions" di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara. If you miss this, you need to go to Taipei for the next stop.
Pameran ini mengumpulkan prop, kostum dan set pengambaraan daripada lima siri televisyen Star Trek dan 11 filem Star Trek. Apa yang menjadi perhatian dan tumpuan adalah Kuarters Kapten Jean-Luc Picard, Bridge - pusat kawalan kapal angkasa USS Enterprise dan bilik Transporter. Bagi pengunjung bolehlah mengabadikan potret sebagai kenangan-kenangan di set Bridge dan bilik Transporter : "Beam me up, Scotty".
|
Replika USS Enterprise setinggi 7 meter. Gambar curi-curi sebelum pertugas datang..... "No photo, please". |
|
Rasa-rasa nak jadi pelakon Star Trek bolehlah mencuba skrip filem "Star Trek - The Next Generation". |
|
Starring Kakak Nana as a Lieutenant Commander Data. |
|
Screen from film showing the Bridge and crew. |
|
Borg..makhluk asing cybernatic yang separuh organik dan separuh hidupan buatan. |
|
Borg Sphere...kenderaan taktikal jarak jauh makhluk Borg. |
Perhatian : Pelawat tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam ruang pameran. Bagi sesi pengambaran di Bridge dan bilik Transporter, caj RM10 dikenakan bagi mendapatkan salinan gambar yang akan diisi di dalam Crew Photos folder. Tiket untuk masuk RM20 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) dan ada special package jika beli 2 tiket dewasa akan dapat 1 tiket percuma untuk kanak-kanak. Ruang pameran dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang dan tutup pada hari Jumaat.
No comments:
Post a Comment