|
Berkabus...suasana mistik menanti di dalam 'mossy forest'. |
Di
lokasi ini lah Laksaman Hang Tuah (Dato’ M.Nasir) bertemu dengan Puteri Gunung
Ledang (Datin Seri Tiara Jacquelina) dalam filem budget besar
Puteri Gunung Ledang (2004) arahan Saw Teong Hin.
Keindahan
hutan berlumut atau “Mossy Forest” (ketinggian 6,561 kaki) yang terletak di Gunung
Brinchang (6,666 kaki dari paras laut yang diukur dari Stesen Mikro Gunung Brinchang) telah dijadikan latar belakang scene kediaman sang puteri merupakan
salah satu anugerah alam yang paling unik.
|
Pandang ke atas dan saksikan corak yang menarik. Corak ini hanya terdapat di hujung denai 'mossy forest' sebelum laluan trekking ke Gunung Irau. |
Ia dipenuhi dengan lumut menghijau
dari lantai hutan ke puncak pokok memberikan pemandangan yang cantik, damai dan
memberikan suasana yang penuh mistik. Berada di dalam hutan berlumut di Gunung
Brinchang juga seumpama anda sedang berdiri di dalam Fangorn Forest dalam filem
Lord of The Rings.
|
Kepala gajah dan belalainya. |
|
Tempat pertemuan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang di dalam filem Puteri Gunung Ledang |
Perpohon
yang tumbuh adalah sangat tebal. Suasana berkabus, lembab dengan hanya sedikit
cahaya matahari yang berhasil menerobos sehingga ke lantai hutan memberikan
kondisi yang sesuai untuk lumut ini berkembang memenuhi hutan seolah-oleh
seperti hamparan permadani.
|
Periuk kera yang sedia menanti untuk memasak sang serangga. |
Terdapat juga pelbagai jenis fauna dan flora – pepohon
yang memiliki akar gantung, pelbagai jenis anggerik tumbuh liar, paku pakuan dan
flora karnivor periuk kera (Nepenthes
pitcher plants) yang menjadikan serangga kecil sebagai makannya.
|
Lumut yang menghijau dan segar. |
Untuk ke lokasi, mulakan perjalanan dari Horney Bee Farm atau cari papan tanda "Hutan Simpan Mossy Gunung Brinchang". Jalan masuk utamanya terletak kira-kira 400 meter dari Hotel Equatorial, Brinchang. Perjalanan akan melalui jalan berturap disajikan dengan pemandangan ladang teh BOH Sg. Palas sebelum belok ke kiri pada papan tanda "Stesen Mikro Gunung Brinchang". Dinasihatkan untuk memandu mengunakan gear rendah sehingga ke puncak Gunung Brinchang.
|
Laluan berturap ke puncak Gunung Brinchang menjadikan ia perjalanan ke puncak gunung setinggi 6,666 kaki dari paras laut tanpa perlu mendaki dan ia merupakan tempat tertinggi di Malaysia yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor. |
Dari
kawasan tempat letak kereta, terdapat laluan jambatan (walkway) sepanjang 200 meter yang membawa pengunjung ke dalam hutan berlumut tanpa bersusah payah. Dan di akhir laluan ini akan bermulanya
laluan trek hutan ke puncak Gunung Irau (6,932 kaki dari paras laut) yang mana
‘mossy forest’ lebih menarik dari Gunung Brinchang.
|
Tadaaaa..."platform walkway" memudahkan kerja anda menjelajahi 'mossy forest'. |